Siapa Kami


Logo myJodoh

myJodoh merupakan portal carian jodoh pertama di Malaysia yang telah dilancarkan pada November 2002 oleh Encik Azrul Alwi. Kini, myJodoh dikendalikan oleh Dynamic Digital Design [PG62574-K].

Pada Ogos 2003, laman web ini telah berjaya menyatukan pasangan pengantin pertama. Majlis perkahwinan tersebut telah mendapat liputan media dan disambut secara meriah.

Sejak itu, myJodoh telah berjaya menarik perhatian pelbagai golongan. Ramai yang berdaftar, ramai yang bertemu jodoh. Alhamdulillah, myJodoh telah berjaya menyatukan beribu-ribu pasangan pengantin sehingga ke hari ini.

(myJodoh telah menghentikan penyiaran foto-foto pasangan yang bertemu jodoh sejak tahun 2004 atas sebab-sebab tertentu.)

Majoriti pengguna myJodoh terdiri daripada komuniti nusantara yang berbahasa Melayu dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sebanyak 96% pengguna myJodoh adalah dari golongan yang telah bekerja dan mempunyai punca pendapatan yang stabil. Kebanyakan mereka telah memiliki segala kemewahan hidup, kecuali seorang pasangan hidup.

myJodoh Di Akhbar


Berita Harian - 16 Januari 2003

Berita Harian - 16 Januari 2003

Computimes Shopper - April 2003 (muka surat 1)

Computimes Shopper - April 2003
(Muka Surat 1)

Computimes Shopper - April 2003 (muka surat 2)

Computimes Shopper - April 2003
(Muka Surat 2)

myJodoh Untuk Siapa?


Ilustrasi untuk siapa myJodoh

myJodoh sesuai untuk mereka yang serius mencari dan telah bersedia menerima pasangan hidup. Bujang, janda, balu, duda - semua dialu-alukan.

Serius mencari di sini bermaksud mereka yang benar-benar ikhlas dalam pencarian pasangan hidup, bukan sekadar bersuka-suka atau bermain-main. Kemungkinan besar anda akan berkahwin dalam tempoh terdekat dengan orang yang juga sedang serius mencari.

Telah bersedia pula bermaksud mereka yang benar-benar mampu menjadi pasangan hidup kepada orang lain. Contohnya, seorang lelaki perlu memiliki kemampuan kewangan yang sesuai, dan seorang wanita perlulah bebas dari sebarang ikatan perkahwinan sebelumnya.

Umur minimum untuk menyertai myJodoh ialah 18 tahun tanpa had umur maksimum. Berkahwinlah apabila anda sudah benar-benar mampu dan perlu. Insya-Allah, sistem myJodoh boleh membantu.

Pengguna myJodoh mestilah beragama Islam atau mempunyai kecenderungan untuk memeluk Islam.

Bagaimana myJodoh Berfungsi


Perkara pertama yang perlu anda fahami ialah myJodoh bukanlah ejen pencari jodoh. myJodoh tidak akan mencari jodoh untuk anda, tetapi menyediakan pangkalan data yang besar untuk mereka yang serius mencari pasangan hidup. Sistem myJodoh membantu anda melalui dua kaedah berikut:

Kaedah pertama - Anda Cari
Kaedah 1: Anda Cari
  • Daftar di myJodoh dengan melengkapkan semua butiran yang diperlukan
  • Lakukan carian dalam pangkalan data melalui kriteria yang disediakan, senarai pengguna dalam talian, senarai terkini, senarai popular, dan lain-lain
  • Lihat maklumat diri pengguna lain dan buat penilaian
  • Jika sesuai, hantar pesanan peribadi kepada calon pilihan
  • Sekiranya dibalas, teruskan perkenalan. Jika tidak, teruskan pencarian
  • Setelah tempoh perkenalan yang sesuai, mungkin boleh meneruskan ke peringkat pertunangan dan perkahwinan
Kaedah kedua - Cadangan Sistem
Kaedah 2: Cadangan Sistem
  • Daftar di myJodoh dengan melengkapkan semua butiran yang diperlukan
  • Semak emel anda setiap hari untuk cadangan daripada sistem myJodoh
  • Jika sesuai, hantar pesanan peribadi kepada calon yang dicadangkan
  • Sekiranya dibalas, teruskan perkenalan. Jika tidak, teruskan pencarian
  • Setelah tempoh perkenalan yang sesuai, mungkin boleh meneruskan ke peringkat pertunangan dan perkahwinan

Keselamatan Anda di myJodoh


Keselamatan Data dan Maklumat Diri

myJodoh tidak mengumpul maklumat sensitif anda. Butiran penting seperti nombor telefon dan alamat tidak akan diberikan kepada pengguna lain tanpa kebenaran anda.

Keselamatan daripada Dating Scam

Dating Scam atau Love Scam merupakan sejenis penipuan yang melibatkan wang ribuan ringgit. Kebanyakan mangsa adalah wanita berkerjaya yang kesepian. Menurut laporan media, penipuan sebegini sering didalangi oleh sindiket tertentu dan boleh berlaku di mana-mana platform media sosial.

Oleh itu, myJodoh mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani isu ini. Pengguna wanita myJodoh mempunyai kumpulan sokongan untuk berkongsi maklumat. Jika terdapat individu yang disyaki terlibat dalam penipuan, maklumat akan disebarkan untuk keselamatan bersama, dan individu tersebut akan dimasukkan ke dalam Senarai Bahaya.

Keselamatan daripada Laki Orang & Bini Orang

Kami mengakui bahawa terdapat individu yang menipu tentang status perkahwinan mereka di myJodoh, terutamanya pengguna lelaki. Dengan menjadi pengguna berbayar, anda akan diperkenalkan kepada komuniti myJodoh dan boleh berkongsi maklumat dengan pengguna lain jika mengesyaki sesuatu.

Telegram myJodoh

Sertai Channel telegram myJodoh dapatkan info terkini tentang pengguna yang menyertai myJodoh.

Sertai Sekarang
Apps Android myJodoh

Muat turun apps myJodoh di Google Play Store. Memudahkan anda mengakses myJodoh melalui telefon bimbit.

Muat Turun
Tentang myJodoh

myJodoh telah berada di internet sejak tahun 2002 dan merupakan portal mencari pasangan hidup pertama di Malaysia.

Klik sini untuk maklumat lanjut

Hubungi myJodoh

  bantuan@myjodoh.net

Carian Pasangan

30 40

Carian AI

Sila login atau daftar untuk menggunakan Carian AI