Seorang ibu tunggal. Pernah mendirikan rumahtangga selama enam tahun dan mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun. Berusia 33 tahun. Sekarang menetap bersama keluarga sendiri di Kelantan. Memiliki ijazah sarjana muda dan sekarang bertugas di sektor kesihatan. Minat pakaian dan fesyen, buku dan penulisan serta melancong. Membenci lelaki bersikap suka berbohong, suka berhutang dan pemalas. Seorang yang pemurah, pendengar yang baik dan mengambil berat. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Seorang telah berkahwin.