Seorang duda. Pernah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 11 tahun. Berusia 40 tahun. Sekarang menetap di kediaman sendiri di Johor. Memiliki sijil tinggi dan sekarang bertugas di bidang professional. Minat haiwan peliharaan, sukan serta melancong. Membenci wanita bersikap suka berbohong, sombong dan tidak menjaga agama. Seorang yang bertanggungjawab, adil dan bertimbang rasa. Anak kedua daripada lima orang adik-beradik dan seorang lagi masih belajar. Empat orang telah berkahwin.