Seorang duda yang kematian isteri. Pernah berkahwin selama tujuh tahun serta mempunyai dua orang anak, yang sulung berusia lima tahun dan yang bongsu berusia dua tahun. Berusia 31 tahun. Sekarang menetap di kediaman sendiri di Negeri Sembilan. Bertugas di sektor pengangkutan. Minat makanan dan masakan, kereta serta melancong. Tidak menyukai dengan wanita suka berbohong, riak dan mudah buruk sangka. Seorang yang bertanggungjawab, pemaaf dan mengambil berat. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan seorang lagi masih belajar.