Seorang duda yang kematian isteri. Pernah berumahtangga selama sembilan tahun serta mempunyai dua orang anak, yang sulung berusia 12 tahun dan yang bongsu berusia tiga tahun. Berusia 36 tahun. Sekarang menetap bersama ibu di Terengganu. Seorang semi-professional dalam pekerjaan. Minat tumbuh-tumbuhan, makanan dan masakan serta sukan. Tidak menyukai dengan wanita riak, sombong dan sangat ego. Seorang yang serius, rajin dan tahu bersyukur. Anak keenam daripada 11 orang adik-beradik dan seorang lagi masih belajar. Tujuh orang telah berkahwin.